SELAMAT DATANG



Soalan Lazim - Bantuan IKS 2021

BAIKS adalah satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana(IKS) di Sabah. Program ini bertujuan membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.

Bantuan yang di tawarkan terdiri dari 4 kategori berikut iaitu :
1. Mesin dan kelengkapan
2. Pembungkusan
3. E-dagang/Digital
4. Francais

Bantuan yang di tawarkan terdiri dari 4 kategori berikut iaitu :
1. Mesin dan kelengkapan - RM50,000
2. Pembungkusan - RM30,000
3. E-dagang/Digital - RM30,000
4. Francais - RM20,000

Kriteria untuk permohonan BAIKS adalah :
1. IKS dari sektor Pembuatan atau Perkhidmatan.
2. Warganegara Malaysia berasal dari Sabah.
3. Mempunyai Lesen Perniagaan sah laku.
4. Perniagaan yang sedang beroperasi (di Sabah).
5. Keutamaan kepada yang mempunyai premis perniagaan.
6. Mengemukakan sebut harga dari pembekal.
7. Mengemukakan 3 bulan penyata terkini akaun syarikat.
8. Berdaftar sebagai usahawan DIDR.
9. Mengemukakan Permohonan melalui https://smedidr.com.my.

Boleh, dengan syarat permohonan hendaklah dalam kategori yang berlainan daripada bantuan yang diterima sebelum ini.

1. Semua syarikat IKS Sabah dalam bidang perkhidmatan dan bidang pembuatan makanan, minuman, produk bukan makanan dan kraftangan.
2. Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, petani, penternak dan nelayan.
3. Permohonan dari bidang professional dan kontraktor tidak diterima
4. Permohonan di luar skop seperti bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 April 2021.